nuffnang

Sunday, June 24, 2012

Upin & Ipin di Universiti!



Pagi sabtu bermula dengan pertemuan dengan seorang rakan SD pada pukul 7am. Saya ingin menemubual beliau berkaitan dengan satu tugasan bagi kuliah Dr A. Kami bertemu di Mc Donald Jalan Lingkaran Tengah Ulu Kelang di stesyen petrol Shell. Sayang sekali tiada minuman Nescafe disediakan, oleh itu saya terpaksa memesan Teh sahaja. Tak dapat kafein pagi ini. Kami berbincang dengan ringkas sahaja, kerana saya terpaksa bergegas ke universiti. Apapun, perjumpaan tersebut membawa faedah yang amat besar. Saya berpegang kepada kata orang tua, malu bertanya sesat jalan.

Saya tiba di parkir dan mendapat ruangan parkir yang agak dekat dengan pintu masuk bangunan. Saya merasa amat teruja, entah kenapa. Oh, memanglah teruja, saya sememangnya akan merasa teruja apabila dapat memakir sedekat mungkin dengan tempat yang ingin ditujui. Setiba ke bilik kuliah saya disapa dengan kegelapan dan teguran kawan-kawan sekuliah serta kedengaran suara Dr F. Oleh kerana hujan dan petir pada hari semalamnya, bilik kuliah kami menerima padahnya dan kami dipindahkan ke kelas yang agak kecil, berhadapan dengan tempat aku memakir kereta aku. Ha ! Ha! Alhamdulillah kuliah Dr F berjalan lancar seperti biasa. 

Kuliah petang bertempat di bilik kuliah biasa kami. Seperti biasa Dr H tiba 10 minit sebelum pukul 2 petang, terpaksalah Dr H menunggu sehingga pukul 2.10 sebelum kami semua tiba. Syarahan bermula seperti biasa dan Dr H kemudian berkata “ emm saya bercakap seorang diri…” Beberapa lontaran soalan dan jawapan berulang alik dan kemudian kami berbincang berkenaan dengan perkuburan Baqi di Madinah. Tiba-tiba Dr H bertanya… “ ha… pasangan Upin & Ipin, masa di Madinah, dapat masuk perkuburan Baqi?” secara spontan. Satu kelas ketawa besar. Dr H pun ketawa besar dan memohon maaf kepada pasangan adik beradik A dan A.  Meraka kata tak marah. Kami terkejut juga dengan gurauan Dr H, kerana beliau seorang yang agak serius.  Kuliah beliau sehingga pukul 4 petang dan kami berehat selama 10 minit sebelum rakan kami M, W dan R membentangkan kertas tugasan mereka. Apapun. Dr H mempunyai auranya yang tersendiri dan dapat mengikat perhatian kami sehingga pukul 5.30 petang! Dan saya belum menyiapkan tugasan saya lagi.. Pembentangan saya adalah pembentangan yang terakhir pada bulan Ramadhan kelak.

Oleh kerana keletihan yang amat sangat, setiba di rumah, saya tertidur sehingga pukul 3.05 pagi!

class kisses
~acepaizah~
@23/6/2012



No comments:

Post a Comment